Saturday, 26 February 2011

Kebahagiaan Adalah Anugerah

Kebahagiaan tidak lain adalah limpahan kurniaan Ilahi, bukan merupakan sebuah hasil usaha semata-mata. Seperti masuknya hamba-hamba yang soleh ke dalam syurga bukan kerana amalan mereka semata-mata yang mana sebut saja tidak terhitung jumlahnya menurut ukuran manusia melainkan Karena rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa ta’ala.
Dalam sudut pandangan ikhtiar atau usaha, Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa manusia diberikan kebebasan memilih, jalan kebahagiaan atau kesengsaraan. Tetapi seluruh usaha manusia mahu atau tidak akan terikat dalam sebuah ketetapan pasti iaitu takdir Allah SWT.
Takdir adalah hak mutlak milik Allah. Manusia hanya memiliki hak menebar untuk usaha, melakukan amalan, berikhtiar dan bekerja. Kita harus mengimani takdir apapun yang terjadi. Namun dalam usaha ikhtiar kita harus tetap berusaha, nescaya Allah akan memberikan kemudahan.
Ada dua kata kunci disini: takdir dan usaha. Keduanya tidak boleh dipisahkan. Dan keduanya, boleh menjadi pemancu terwujudnya gelombang kebahagiaan.
Pertama, takdir. Dengan meyakini takdir, seorang muslimah akan memiliki ketabahan, terutama di saat harus menerima dugaan musibah secara bertubi-tubi atau di saat menghadapi ancaman terhadap ketentraman hidupnya.
Allah berfirman,
مَآ أَصَابَ مِن مّصِيبَةٍ فِي الأرْضِ وَلاَ فِيَ أَنفُسِكُمْ إِلاّ فِي كِتَابٍ مّن قَبْلِ أَن نّبْرَأَهَآ إِنّ ذَلِكَ عَلَى اللّهِ يَسِيرٌ
“Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakan-nya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid: 22)
Ketabahan itulah, yang akan menjadi pemancu kebahagiaan. Kerana ketabahan itu muncul melalui proses keimanan yang bertarung melawan pujuk rayu nafsu, melawan tekanan keadaan, untuk kemudian keluar sebagai pemenang, mendulang kurniaan petunjuk Allah.

Allah berfirman,
مَآ أَصَابَ مِن مّصِيبَةٍ إِلاّ بِإِذْنِ اللّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللّهُ بِكُلّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu…” (Ath Thaghabun: 11)
Hati yang mendapatkan petunjuk, nescaya memancarkan cahaya pasrah, menyingkirkan nafsu amarah, menepis rasa kesal dan kecewa sehingga lahirlah kebahagiaan itu.
Di sisi lain, keyakinan kepada takdir, menyemarakkan rasa kesegaran untuk berfikir, kerana dasar keyakinan bahawa Allah akan memberikan pahala, bagi orang-orang yang tabah dan sabar.
وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُواْ جَنّةً وَحَرِيراً
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena ketabahan mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera…” (Al Insan: 12)
Kedua, adalah usaha yaitu usaha yang baik atau amal sholeh yang dilakukan seorang mukmin, memiliki nilai yang baik. Berkaitan dengan kandungan rasa keikhlasan dan kekuatan dan kekuatan peneladanan terhadap manusia terbaik, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam yang terdapat di dalamnya. Dua kandungan itu, bagaikan nyawa dan kekuatan. Membuat usaha yang dilakukan oleh seorang mukmin berpengaruh impresif, menekan jauh ke lubuk jiwa, melakukan kepuasan yang tiada tara. Tidak peduli, apakah usaha itu pada akhirnya menampakkan hasil, atau terjatuh pada lubang-lubang kegagalan. Dalam konteks ini, usaha apa pun yang dilakukan oleh seorang muslim tidak lepas dari bingkai ibadah, atau penghambaan diri kepada Allah. Semakin hebat usaha yang dilakukan, semakin meningkat kualiti kehambaannya.
Sebagai contohnya, ibadah solat diyakini mampu menjadi media penyejuk hati, bila dilakukan dengan khusu‘ dan diselubungi dengan kesabaran jiwa…
يَآأَيّهَا الّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصّبْرِ وَالصّلاَةِ إِنّ اللّهَ مَعَ الصّابِرِينَِ
“Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqoroh: 153)
Dari kenyatnaa di atas, kita dapat menyimpulkan sebuah fenomena yang cukup menarik. Kebahagiaan itu lebih sering muncul, setiap kali seorang muslim selesai melakukan pekerjaannya. Disebut dengan kata lebih sering muncul, kerana selesai atau tidak suatu pekerjaan, berhasil atau tidak suatu usaha, tidak akan mempengaruhi kebahagiaan yang bakal diperolehi oleh seorang muslim. Di saat gagal berusaha, seorang mukmin tetaplah berbahagia, kerana pengaruh mutiara ketabahan yang tertanam kuat dalam jiwanya. Di saat ia berhasil, ia akan memperoleh lebih kebahagiaan, kerana rasa syukurnya. Itulah keajaiban seorang mukmin!
“Sungguh ajaib sikap seorang mukmin! Karena segala sesuatunya baik baik baginya. Hal itu hanya berlaku bagi seorang mukmin saja. Apabila ia mendapatak kesenanagan, ia bersyukur. Itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ia tertimpa musibah, ia tetap tabah, maka itu pun menjadi kebaikan baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim no. 2999)

Sekali lagi, kebahagiaan itu lebih mudah dirasakan oleh seorang muslim ketika sedang menyelesaikan pekerjaannya. Adapun rasa syukur yang ia ungkapkan, menjadikannya nilai lebih. Meskipun secara umum, rasa syukur itu lebih mudah dilakukan, daripada ketabahan di saat terjadinya musibah. Disebutkan dalam sebuah hadits, “Sesungguhnya, ketabahan yang sejati itu ada pada guncangan pertama kali ketika terjadinya musibah.”(Diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Shohihnya I: 430)
Rasa syukur akan memberikan nilai lebih, terhadap penyegaran hati dan ketenteraman jiwa. Dari situlah, sebuah kurnia akan semakin terasa kenikmatannya.
Sebagaimana realiti kehidupan, kebahagiaan biasa hadir di saat seorang hamba mengakhiri ibadah puasanya selepas maghrib. Kehadirannya bagaikan kebahagiaan utama yang luar biasa nikmatnya.
“Orang yang melaksanakan ibadah puasa, memiliki dua kebahagiaan, yang pasti akan dirasakannya: Saat berbuka, ia berbahagia karena selesai berpuasa. Saat berjumpa dengan Allah, ia berbahagia, karena ibadah puasanya.” (Diriwayatkan oleh Al Bukari II: 673, oleh Muslim II: 807 dan At Tirmidzy III: 137)
Kebahagiaan yang didapatkan oleh seorang muslim lebih bersifat nyata dan pasti, kerana merupakan dua senyawa yang terkait antara satu dengan lain. Iaitu takdir Allah dan usaha manusia dengan cara yang benar dan ikhlas. Sementara bagi orang yang tidak beriman, kebahagiaan hanyalah merupakan ‘letupan’ sesaat, tatkala menemukan hal-hal yang disukainya, atau terlepas dari beban yang menghimpitnya. Nilainya pun hanyalah sesaat, kerana tidak memiliki ruang keikhlasan dan kekuatan.
Kebahagiaan tetaplah rahasia Ilahi, meskipun ’sejuta manusia’ menggapai langit dan menggali bumi, demi kebahagiaan sejati.
Keyakinan terhadap takdir, menjunjung manusia ke arah ketabahan, kepasrahan dan keteduhan hati.
Keihlasan, bak mutiara terpendam, menyorotkan cahaya pasrah, menyambut keridhoan ilahi.


Peneladanan terhadapmu, wahai Nabiku, seringkali menggeser segala kesukaan kami terhadap segenap penghuni bumi. Itulah sebabnya, kehambaan kami bertahan hingga kini.
Saudari muslimah, berbahagialah dengan takdirmu, niscaya keabadian menghampirimu dengan segala keindahannya.
Saudari muslimah, berbahagialah dengan keislamanmu, niscaya surga dunia, juga surga akherat, berkenan menyambutmu…


Maroji’: Aku Wanita paling Bahagia (Abu Umar Basyier)




Thursday, 17 February 2011

Di sebalik Kebesaran Ilahi

Sepohon kaktus yang dahannya membentuk perkataan Allah, sebungkah batu di tengah lautanbagaikan orang sujud, juga masjid yang tidak runtuh selepas kawasan sekitarnya hancur dilanda bencana hanya sebahagian kecil daripada gambaran kebesaran dan keagungan Ilahi. Ada yang keadaan itu sebagai kebetulan. Namun pada hakikatnya, pasti ada hikmah di sebaliksesuatu perkara yang bukan saja melambangkan kebesaran Allah malah pengajaran yang bolehdihayati daripadanya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud:

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki danmenguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.”




Ayat ini jelas menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan sebagai makhluk, kita harus menerima hakikat ini dan sesiapa yang dinafikan daripada rahmat wahyu adalah golongan yang amat malang. Dengan tiga kejadian yang disebutkan sebagai contoh, sebenarnya banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku di persekitaran yang ditemukan kepada manusia bagi mereka menginsafi hakikat diri dan sentiasa tunduk bertakwa kepada Allah. Kuasa Allah boleh dilihat di mana-mana dialam semesta ini. Bukan setakat daripadakejadian manusia tetapi alam semula jadi laut, binatang, tumbuh-tumbuhan malah kejadian cakerawala.

Disebut di dalam al-Quran, surah al-Rahman ayat 3 hingga 6 yang bermaksud: “Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.”

Setiap makhluk ciptaan Tuhan, tunduk sujud dan berzikir setiap saat kepada-Nya, justeru bukan sesuatu yang pelik untuk bertemu dengan pelbagai kejadian melangkaui logik tetapi menjelaskan kebesaran Allah dan kerdilnya umat manusia. Misalnya, dunia melihat bagaimana Aceh ranap dilanda gelombang tsunami penghujung tahun lalu, tetapi sebuah masjid tetap gagah berdiri walaupun kawasan sekitarnya hancur musnah dilambung bencana yang datang secara tiba-tiba itu. Sebelum itu sebuah masjid di Bandar Golcuk, di timur Istanbul terselamat dalam kejadian gempa bumi pada 19 Ogos 1999 sedangkan semua bangunan berdekatannya hancur menyembah bumi.

Jika bersandarkan kepada logik sains kejuruteraan, kejadian ini benar-benar memperlihatkan sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran manusia malah ia adalah suatu keajaiban. Namun semua ini juga bukan mustahil kerana Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya. Walaupun ada kritikan yang cuba menidakkan serta memusnahkan kepercayaan kepada perkara luar jangkauan ini dengan menjadikan logik sains sebagai senjata, tetapi sains dihadkan oleh undang- undang semula jadi yang selalunya dibuktikan sebagai perdebatan yang tidak mantap menentang ‘supernatural’. Al-Quran yang menjadi mukjizat Rasulullah itu sendiri adalah satu keajaiban dan al-Quran juga adalah senjata paling hebat untuk manusia Islam yang mana ia mengandungi pelbagai ilmu termasuklah sains, sejarah serta hal-hal terkini dan masa depan.


Jika kejadian berkaitan logik kejuruteraan ingin dijadikan perdebatan terhadap betapa tingginyailmu Allah, banyak lagi kejadian berkaitan sains yang boleh dijadikan iktibar yang secara jelasnyamenunjukkan kebesaran Allah.

                                                                                                  Antaranya termasuklah kejadian yang dinamakan ‘cat’s eye nebula’ yang mana ia adalah satu dari tompok cerah di langit yang paling kompleks. Fenomena itu dirakamkan oleh pakar astronomi pada 31 Oktober 1999. Pakar kaji bintang mempercayai objek di tengah yang bercahaya terang itu sebenarnya sistem binari bintang. Perkataan ‘planetary nebula’ yang digunakan untuk merujuk pada objekitu mengelirukan.

Walaupun objek itu kelihatan bulat dan seperti planet dalam teleskop tetapi ia adalah bintang yang diselubungi kepompong gas membuak pada akhir perimgkat evolusi stellar. Hakikat fenomena ini sebenarnya ada dijelaskan dalam surah ar-Rahman ayat 37 dan 38 yang bermaksud: “ selain itu, (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Hanya manusia yang ingkar saja masih terus untuk mendustakan kebenaran. Apa yang jelas, fenomena serta kejadian yang ditunjukkan kepada manusia yang sukar untuk dijelaskan dengan akal logik termasuklah pokok yang tunduk seakan rukuk yang ditemui di Sydney Australia juga pokok serta ranting yang membentuk perkataan yang bermaksud Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah yang ditemui di Bonn, Jerman, adalah sesuatu yang harus dijadikan ingatan bahawa Allah itu Maha Besar dan tidak ada kuasa yang dapat menandingi kehebatan-Nya.









Wednesday, 9 February 2011

NABI MUHAMMAD S.A.W SEORANG PEMIMPIN YANG IDEAL

Seorang pemimpin adalah orang yang telah diberi kepercayaan dan dipilih atas dasar kemampuan dan kepercayaan yang terhasil dari rakyatnya serta dari segi sikap kewibawaan dan kemampuan dalam mengurus masalah dunia dan kemampuan dalam mengurus masalah Akhirat. Keberhasilan seorang pemimpin ini dapat dicerminkan dan terlihat dari keadaan kehidupan rakyatnya, dari sudut sejauh mana ia dapat memakmurkan kehidupan rakyatnya dan disegani oleh rakyatnya.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang pemimipin yang dipercayai oleh rakyatnya iaitu umat Islam bahkan orang diluar Islam pun mengakui kepiawaian dan kehebatannya dalam memimpin umatnya. Beliau memang tidak diciptakan kecuali menjadi pemimpin yang besar, dengan kepemimpinan yang dipercayai, dengan keperibadian yang berdasarkan kecintaan, keredhaan dan selalu berusaha.

Beliau adalah orang yang selalu melakukan musyawarah. Kecintaan orang yang mengikuti adalah syarat bagi Beliau menjadi pemimpin, kerana makruh seseorang itu menjadi imam dalam solat apabila tidak disenangi oleh makmum. Ini baru sahaja berkaitan tentang solat, apalagi jika hal tersebut terjadi di luar solat. Ini menjelaskan bahawa beliau adalah seorang pemimpin kelas, pemimpin organisasi bahkan pemimpin negara.

Nabi Muhammad s.a.w selalu mengakui dirinya seperti rakyat-rakyat biasa. Diriwayatkan bahawa ketika Beliau melakukan perjalanan, Beliau memerintahkan sahabatnya untuk menyembelih kambing, berkata seseorang, “Wahai Rasulullah saya yang menyembelihnya,” berkata seorang lagi, “Wahai Rasulullah saya yang mengulitinya,” berkata yang lain, “Wahai Rasulullah saya yang menggorengnya,” maka berkata Nabi, “saya yang akan mencari kayu bakar,” mereka berkata, “Wahai Rasulullah biar kami saja yang melakukannya,” berkata Nabi, “Aku tahu kalian melayani aku, akan tetapi aku tidak senang kalau aku dibeza-bezakan dengan kalian. Sesungguhnya Allah membenci seorang hamba yang terlihat berbeza dengan kawan-kawannya.” Subhanallah… sungguh mulia akhlak Beliau, masih adakah pemimpin seperti Beliau dimasa sekarang ini?

Ketika kaum muslimin membuat parit (khandak) di sekitar kota Madinah, Beliau pun ikut serta dalam pekerjaan itu. Kalau tidak kerana perbuatan baik yang harus diikuti oleh para pemimpin, maka Nabi tidak akan melakukan pekerjaan tersebut dan kaum Muslimin membiarkan Nabi melakukannya. Hal ini merupakan contoh langsung dari Nabi, bahawa pemimpin tak seharusnya bersikap  menunjuk dan memerintahkan orang lain untuk melakukan ini dan itu tanpa ia berperanan dan ikut serta secara langsung dalam pekerjaan tersebut.


Beliau selalu memenuhi keinginan rakyat sebagai pembebasan dari seksaan Allah. Beliau adalah orang yang sangat mengerti akan pentingnya niat dalam setiap perbuatan, seperti perkataan Beliau, “Apabila seorang pemimpin diragukan oleh rakyatnya, maka akan membawa kepada kehancuran.” Lalu bagaimana dengan pemimpin kita sekarang?? Sedangkan sebahagian besar rakyatnya telah mulai kecewa dan tak percaya lagi pada pemimpinnya serta janji-janji yang pernah terlontar dari lisannya.

Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang pemimpin yang selalu memilih dan mementingkan perkara yang mudah demi umatnya selagi hal itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau selalu menasihati sahabatnya tentang orang yang lemah, “Carikan aku orang-orang yang lemah sesungguhnya yang membawa rezeki dan pertolongan kepada kalian adalah orang-orang yang lemah.” Beliau membenci orang yang bersikap merasa tinggi dihadapan pembantu dan fakir miskin, “Tidaklah sombong orang yang makan bersama-sama pembantunya, menunggangi keledai untuk pergi ke pasar dan mengikat kambing serta memeras susunya.” 

Dalam pada itu juga, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang pemimpin yang mengetahui bahawa setiap wilayah kekuasaan atau kesejahteraan adalah merangkumi seluruh rakyat, tidak hanya diperuntukkan bagi para pendukungnya sahaja tanpa mengendahkan orang-orang yang bertentangan dengannya, “Takutlah kepada doa orang yang dizhalimi walaupun dia orang kafir, karena pada saat itu tidak ada hijab baginya.”