Tuesday 5 April 2011

Segeralah mencari pintu taubat




Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.
Wahai hamba…!
Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.
Wahai hamba…!
Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.
Abu Muhammad al-’Ajami Rahimahullah sentiasa berdoa dengan ucapan: “Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang baik.” Seakan-akan ia bermaksud mengatakan: “Ya Allah, jadikanlah kami sebagai orang yang memperbaiki apa yang telah kami lakukan.” Tetapi lafaz itu tidak sampai beliau ucapkan.
Barangsiapa yang pernah merasakannya, maka ia akan mengetahuinya. Pergaulan yang baik dengan makhluk dan berteman dengan mereka dalam batas-batas syariah dan keredaan-Nya adalah pergaulan yang diberkati. Sebaliknya, jika hal itu dilakukan dengan melanggar batas-batas syariah dan tiada keredaan-Nya, maka janganlah lakukan itu, kerana tiada kehormatan untuk mereka. Penerimaan dan penolakan terhadap suatu ketaatan merupakan suatu petanda bagi kaum sufi dan orang-orang yang menjauhi kemaksiatan.
Wahai hamba…!
Tegakkanlah perangkap doamu dan kembalilah kepada keredaan. Janganlah engkau berdoa dengan lidahmu, sementara hatimu berpaling daripada Allah al-Haq. Pada hari akhirat kelak, semua manusia akan teringat akan apa yang telah dilakukannya di dunia, sama ada kebaikan atau keburukannya. Penyesalan ketika itu tiada bermanfaat sama sekali, demikian juga dengan ingatan itu. Bahkan tidak bermanfaat juga baginya mengingat hari kematiannya, ingat akan tanah pertanian dan persemaiannya dan masa menuai bagi manusia. Semuanya itu tidak bermanfaat lagi.
Jika kematian datang kepadamu, maka engkau akan terjaga (sedar akan segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan selama hidup di dunia). Bagaimanapun terjaga pada waktu itu tidak berguna lagi bagimu.
“Ya Allah..! Bangkitkanlah kami daripada ketiduran orang-orang yang terlupa terhadap-Mu dan orang-orang yang tidak mengerti tentang Engkau…”
Wahai hamba…!
Persahabatanmu dengan keburukan akan menjadikan kamu orang-orang yang berprasangka buruk terhadap kebaikan. Berjalanlah kamu di bawah naungan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, nescaya kamu akan berbahagia.
Wahai kaumku…!
Malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-sebenar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu menyia-nyiakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak akan dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada maqam Tuhanmu. Ingatan kepada Allah selalu terhunjam di dalam hati orang-orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.
Apabila hal itu dapat kamu laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada qada’ Allah, dekatnya hati kepada Allah, bermunajat kepada-Nya, menyingkap tabir yang ada di antaranya dengan Allah. Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan.
Allah swt berfirman :
“Tiada sesuatu juapun yang menyerupai-Nya, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Syura : 11)
Adapun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang beriman dan melihat kepada Dzat Allah Yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah di sisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk. Kebaikan adalah dalam menghadap kepada-Nya sedangkan keburukan adalah berpaling daripada-Nya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untuk-Nya.
Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada pada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana Dzatnya, maka balasan untukmu adalah kedekatanmu kepada-Nya dan melihat-Nya.
Kemudian, janganlah engkau mengharapkan imbalan amalmu secara keseluruhan. Segala sesuatu yang ada di akhirat, di dunia dan selain daripada Allah, bersandar kepada-Nya. Janganlah engkau mencari kenikmatan itu kepadamu. Carilah jiran, sebelum kamu mencari rumah yang hendak engkau diami. Dia Yang Ada sebelum adanya segala sesuatu. Dialah Yang Mengadakan segala sesuatu, dan Dialah Yang Ada setelah segala sesuatu.
Hendaklah engkau sentiasa ingat akan mati dan bersikap sabar atas segala bencana, serta bertawakallah kamu kepada Allah dalam semua keadaan. Jika ketiga-tiga tahap ini telah engkau laksanakan dengan sempurna, maka pada suatu ketika, akan datanglah malaikat kepadamu dengan mengingatkan kematian yang menjelang dan ketika itu berhasillah kezuhudanmu. Dengan kesabaran, engkau akan memperolehi segala sesuatu yang engkau harapkan dari Allah s.w.t, dan dengan ketawakalan, akan keluarlah segala sesuatu dari hatimu, sehingga ia hanya terkait dengan Allah semata-mata. Singkirkanlah dari hatimu dunia, akhirat dan segala sesuatu selain daripada Allah. Dengan demikian, akan datang kepadamu kesegaran dan ketenangan dari segala penjuru serta pemeliharaan dan perlindungan dari enam penjuru mata angin, sehingga tiada ruang bagi makhluk untuk mencederakan engkau. Tertutuplah daripadamu semua arah dan terkuncilah daripadamu semua pintu. Sehingga engkau tergolong kepada orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi:
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka…” (Al-Isra’ : 65)
Bagaimana mungkin makhluk akan dapat menguasai orang-orang yang mengesakan Allah, yang ikhlas, yang tidak menunjuk-nunjukkan amalnya kepada makhluk, yang berbicara tentang tujuan akhir, bukan pada permulaannya. Semua permulaan itu adalah bisu dan semua penghujung itu adalah pemahaman. Orang yang ikhlas itu kerajaannya ada di dalam hatinya dan kekuasaannya ada di dalam batinnya tanpa memandang kepada kenyataan zahiriyah.
Adalah suatu hal yang jarang terjadi, seseorang yang mampu menghimpunkan kerajaan zahir dan batin. Jadilah kamu menjadi orang yang menyembunyikan semua sikap dan perilakumu, janganlah berhenti, hingga engkau mampu menyempurnakannya dan hatimu sentiasa berhubungan dengan Allah.
Jika engkau telah menyempurnakannya, maka ketika itu engkau tidak lagi akan peduli kepada sebarang halangan dan rintangan. Bagaimana kamu akan mempedulikannya, sedangkan kedudukan engkau telah mantap dan kukuh. Berdirilah engkau ditempatmu, sementara Dia akan memelihara dan melindungimu, maka manusia atau makhluk-makhluk lain akan menjadi dinding penghalang di hadapanmu.
Hinaan dan pujian ketika ini tiada beza bagi kamu, demikian juga dengan penerimaan atau penolakan mereka. Engkau akan menjadi orang yang membangun dan yang merobohkan mereka. Kamu bertindak terhadap mereka dengan seizin Khaliq, al-Haq Pencipta mereka.
Maka Dia akan memberimu jalan pemecahan dan penyelesaian serta membuang semua petaka di dalam hatimu dan memberikan tanda-tanda ke dalam batinmu. Tiada pembicaraan apapun sehingga engkau cukup mafhum dengan semuanya ini. Jika tidak, maka jadilah kamu orang yang berakal, janganlah berbuat bodoh. Kamu adalah bagaikan orang buta, oleh itu carilah orang yang akan menuntunmu, kamu adalah orang bodoh, maka carilah orang yang akan mengajarimu. Jika engkau telah menemuinya maka hendaklah engkau berpegang kepadanya, terimalah semua pendapat dan buah fikirannya dan terimalah dalil-dalil yang diberikannya secara baik. Jika engkau telah mendapatkannya, maka duduklah engkau di sana bersamanya hingga engkau mampu memantapkan pengetahuanmu berkenaan hal itu.
Pada ketika itu akan terlindunglah daripadamu segala kejahatan. Engkau menjadi pengikut kefakiran dan kemiskinan. Kesimpulan daripada semuanya ini ialah menjaga rahsia Allah dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.
Dari manakah kamu mencari kebenaran dan keredaan Allah selain daripada-Nya! Apakah kamu tidak mendengar firman-Nya yang berbunyi:
“Di antara kamu, ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu (juga) ada orang yang menghendaki akhirat.” (Ali-Imran : 152)
Sementara dalam ayat lain pula, Allah berfirman, yang bermaksud:
“Mereka menghendaki atau menginginkan keredaan-Nya.” (Al-Kahfi : 28)
Sesungguhnya kebahagiaan dan keberuntungan akan menjadi bahagianmu, dan datang kepadamu tangan-tangan mujaddid (pembaharu) yang akan membersihkan kamu daripada sentuhan tangan-tangan makhluk, serta akan membawamu menghampiri pintu gerbang taqarrub kepada Allah. Allah berfirman, yang berbunyi:
“Di sana, pertolongan itu hanya datang dari Allah Yang Haq.” (Al-Kahfi : 44)
Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka dunia dan akhirat akan datang kepadamu sebagai pelayan, tanpa adanya kesusahan. Capailah pintu al-Haq dan tetaplah engkau berdiri di sana. Apabila engkau tetap di sana, maka akan nyatalah bagimu beberapa seruan atau bisikan, sehingga engkau akan mengetahui dan membezakan antara bisikan nafsu, bisikan hawa, bisikan hati, bisikan iblis dan bisikan malaikat. Inilah yang dikatakan dengan bisikan yang benar dan bisikan yang batil.
Pelajarilah satu demi satu bisikan-bisikan tersebut, sehingga engkau mengetahui tanda-tandanya. Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka akan datang bisikan (ilham) dari Allah untuk membimbingmu berkenaan dengan kesopanan, keteguhan, tegak dan dudukmu, gerak dan diammu serta perintah dan larangan buatmu.
Wahai kaumku…!
Janganlah kamu mencari tambahan dan pengurangan, awalan dan akhiran, kerana takdir itu telah menyelebungi diri masing-masing dengan sempadan-sempadan atau batas-batas tertentu. Tiada seorangpun di antara kamu, kecuali ia mempunyai catatan atau ketentuan daripada kudrat ini.
Allah telah berlepas tangan daripada segala sesuatu yang telah ditetapkan-Nya sebelumnya. Bagaimanapun, akan datang bagi segala sesuatu itu hukum-hukum yang ditutup oleh perintah-perintah, dalam bentuk larangan dan kewajipan. Oleh yang demikian, tidaklah halal bagi seseorang untuk mengemukakan hujah atau alasan hukum atau ketetapan yang telah lalu. Allah Ta’ala berfirman:
“Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya tetapi merekalah yang akan ditanyai.” (Al-Anbiya’ : 23)
Wahai kaumku…!
Beramallah kamu dengan amalan zahiriyah, amalan yang nyata bagaikan dakwat hitam di atas kertas yang putih, sehingga membawamu kepada mengamalkan amalan batin dalam urusan ini. Jika kamu mengamalkan amalan zahiriyah, maka ia akan mendatangkan kefahaman bagimu terhadap perkara-perkara batiniyah, kemudian ia meresap ke dalam jiwamu dan mempengaruhi lisanmu, kemudian ia meresap ke dalam lisanmu dan kamu sampaikan ia kepada manusia. Demikianlah alirannya terus menerus secara berulang-ulang, untuk kemaslahatan dan kemanfaatan manusia sejagat.
Wahai…!
Alangkah beruntungnya kamu jika kamu mengikuti al-Haq dan mencintai-Nya. Sebaliknya, alangkah celakanya kamu, jika kamu hanya mengakui bahawa kamu mencintai Allah. Tahukah kamu bahawa untuk mencintai Allah itu diperlukan beberapa syarat yang mesti dipenuhi…? Sebahagian daripada syarat-syarat cinta kepada-Nya itu ialah mentaati-Nya, serta tidak merasa tenang di sisi selain daripada-Nya, merasa tenteram bersama-Nya serta tidak merasa keberatan untuk tetap bersama-Nya. Apabila cinta kepada Allah itu benar-benar telah mantap dan terhunjam dalam ke hati hamba-Nya, maka hamba itu akan merasa tenteram bersama-Nya, dan membenci segala sesuatu yang boleh melalaikan hati dan jiwa daripada-Nya.
Oleh itu bertaubatlah kamu dari pengakuanmu yang bohong itu, kerana semuanya itu tidak mungkin diperolehi dengan khayalan, angan-angan, dusta, munafik atau dengan sikap kepura-puraan. Bertaubatlah kamu dan tetaplah kamu dalam taubatmu itu. Ketaubatanmu tidak sama dengan bagaimana engkau mengukuhkan taubat itu. Demikian juga dengan penipuan yang engkau lakukan, tidaklah sama dengan perbuatan yang engkau anggap dapat mengukuhkan pembohongan itu, serta apa-apa yang menjadi buah penipuan tersebut.
Tetaplah engkau untuk sentiasa reda dengan Allah, dalam keadaan derita atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak. Tiada ubat yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Al-Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada-Nya, jangan pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain-Nya. Kerana semuanya itu akan menambah ujian dan cubaan terhadap dirimu.
Oleh itu hendaknya engkau tenang berada dihadapan-Nya. Lihatlah apa yang dilakukan-Nya terhadap kamu dan untuk kamu, maka berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu. Jika kamu bersama-Nya dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti Dia akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan-Nya.
Ya Allah!
Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.

Sunday 27 March 2011

Hidup ini pengabdian bukan perjudian






Manusia hidup di atas dunia ini bukan secara kebetulan, bukan saja-saja, bukan juga ikut suka hendak terus hidup atau hendak mati percuma. Eh, mana ada mati percuma sekarang. Sekurang-kurangnya pun, belanja pengurusan jenazah, kain kafan dan belanja-belanja lain sehingga selesai pengebumian menelan tujuh lapan ratus ringgit. Paling 'koman' pun wak tukang gali kubur nak 'dihulur' juga seratus dua. Kasihan si wak, kadang-kadang nafkah dia bergantung sepenuhnya kepada 'odd job' macam itu, memanjat kelapa, menyabit sawit, memotong rumput, menukang rumah dan termasuklah menggali kubur. Kalau ada orang panggil adalah habuannya, kalau tidak, buatlah kerja amal sendiri di rumah.
Tapi bukan kisah wak penggali kubur itu yang hendak dibicarakan di sini. Yang hendak ditekankan ialah hidup kita ini adalah hidup yang telah ditakdirkan Allah, dan apa-apa yang ditakdirkan Allah pasti ada perancangan dan peraturannya.
Lihat sahaja perkara-perkara di sekeliling kita. Adakah kita menyangka matahari suka-suka terbit di sebelah timur pada sebelah pagi mengikut kehendaknya, atau hujan turun membasahi bumi ini tanpa kawalan, atau angin bertiup ke sebarang arah tidak tentu hala dan masa? Apa agaknya akan terjadi kepada dunia ini jika begitu keadaannya?
Lihat pula seputar kehidupan kita. Nak makan ada peraturannya, mesti mencari makanan yang elok, halal dan bersih, mesti dimasak dengan sempurna, dimasak pula mengikut selera orang yang hendak memakannya, baru boleh dimakan dengan enak. Makanan yang dijual pula mesti berlesen, terjaga kebersihannya, belum luput tempoh dan sebagainya. Pendek kata, semua perkara diambil kira.
Tetapi cuba bayangkan, bagaimana kalau dalam masa kita menuruti peraturan-peraturan tersebut dengan baik, tiba-tiba di pihak lain, peraturan yang bertentangan dilaksanakan. Semasa kita bersusah payah menjaga kebersihan, orang ramai dibenarkan melonggokkan sampah di hadapan rumah atau gerai kita yang jaraknya tidak sampai 20 meter kerana kebetulan tempat membuang sampah disediakan di situ. Adakah mereka melanggar peraturan? Tidak juga kerana tempat itu memang dikhaskan untuk membuang sampah.
Kedai tempat kita membeli ayam pula diletakkan betul-betul di sebelah kedai menjual daging babi. Adakah penjual daging babi itu melanggar undang-undang? Mungkin tidak kerana dia juga mendapat lesen daripada Majlis Daerah. Lagipun kedainya sangat bersih dan dia tidak pernah pun menjual daging tersebut kepada orang Islam.
Cuba fikirkan, adakah situasi sebegitu tidak mencabar orang-orang yang mementingkan kebersihan dan kehalalan? Sebenarnya ia sangat mencabar, apatah lagi kepada orang yang mengambil berat dan selama ini berpegang teguh kepada konsep kebersihan dan kehalalan tersebut. Rumah atau kedai yang bersih macam mana sekalipun tidak akan dikunjungi tetamu kalau di seberang jalannya terpapar landskap timbunan sampah sarap yang mengeluarkan bau busuk dan meloyakan. Kedai ayam yang tukang sembelihnya tuan mufti sekalipun barangkali tidak menggamit pelanggan jika betul-betul di sebelahnya beroperasi pula jualan daging binatang yang diberi nama manja 'khinzir' itu.
Dengan perkataan lain, apa guna kita menguatkuasakan peraturan kebersihan kalau di tempat yang bersih itu juga kita benarkan orang membuang sampah yang menghamburkan bau dan kejelikan? Apa guna kita menetapkan jualan barangan halal kalau kita juga membenarkannya bercampur aduk dengan barangan yang haram?
Apa guna kita melarang orang ramai merokok kalau kita juga menghalalkan ganja dan dadah?
Apa guna kita menguatkuasakan peraturan jalan raya kalau kita membenarkan remaja bermotoskal 'merempit' dan berlumba haram?
Apa guna kita menggalakkan perkahwinan kalau kita menyediakan kawasan-kawasan khas untuk pelacur menjalankan aktiviti mereka secara 'legal'?
Apa guna kita mengharamkan arak kalau kita meluluskan pembinaan kilang arak dengan alasan dapat mengutip cukai daripadanya?
Begitulah analoginya. Jadi, apa gunanya kita mengharamkan judi untuk orang Islam kalau kita menghalalkannya untuk orang bukan Islam, dan baru-baru ini meluluskan pula lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010? Tidakkah ia juga satu bentuk judi yang diakui oleh semua agama tidak membawa manfaat kepada manusia?
Dalam al-Quran, pengharaman judi adalah jelas dan tidak boleh dipinda-pinda lagi. Biar apa pun alasan kita, Allah Maha Mengetahui akibatnya kepada manusia sebab Dialah yang menjadikan kita seluruhnya. Allah mengakui dalam judi dan arak itu ada sedikit manfaat, tetapi mudarat dan kerosakan yang dibawanya teramat besar. Firman Allah (maksudnya):
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."
(Al-Baqarah 2: 219)
Tidak ada agama yang mengatakan judi itu baik. Bahkan kelulusan lesen judi bola sepak ini turut tidak dipersetujui oleh parti-parti politik orang Cina seperti MCA dan DAP, walhal kononnya orang-orang Cinalah yang dikatakan kuat berjudi. Benarkan begitu? Tetapi kenapa pada mulanya sebilangan orang UMNO yang Melayu/Islam pula beria-ia hendak meneruskan kelulusan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya?
Kelulusan ini ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Kumpulan agama, pertubuhan (NGO) Islam, parti politik, orang ramai dan tokoh sukan termasuk 'Raja Bola' Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh bangkit menyuarakan pandangan supaya kelulusan ini ditarik balik. Setelah menerima desakan demi desakan, akhirnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen tersebut kepada Kumpulan Berjaya.
Sekarang, bagaimana hasil penelitian itu? Sepak mula Piala Dunia hanya tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi. Kaki-kaki judi pula boleh jadi sudah tergedik-gedik hendak melakukan pertaruhan, atau boleh jadi pertaruhan sudah pun bermula.
Cukup-cukuplah. Negara Malaysia ini sudah tidak larat lagi menanggung bala. Jenayah rompakan, ragut, rasuah, pembunuhan, rogol, dadah, hiburan tanpa batasan, pergaulan bebas, zina, buang bayi, pergaduhan, anak derhaka kepada ibu bapa dan 1001 macam kejahatan lagi merupakan bala yang melata sekarang. Sepatutnya kerajaan mengurangkan kemungkaran ini, bukannya menambah satu lagi. Katalah lesen judi bola ini sebenarnya lesen lama yang diperbaharui semula, hakikatnya di mata masyarakat ia sesuatu yang baharu dan boleh menarik ribuan malahan mungkin jutaan orang yang dahulunya tidak pernah berjudi.
Amalan berjudi akan menyebabkan ketagihan. Bagi mereka yang sudah ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah kepada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin membeli tangkal seperti 'batu hikmat' untuk meningkatkan 'tuah' semasa berjudi.
Perjudian adalah perjudian. Menang atau kalah boleh berlaku secara mendadak dan rambang. Lebih malang lagi, yang menang sedikit, yang kalah ramai. Kalah judi ini pula mengundang berbagai-bagai perkara negatif - jiwa tertekan, murung, panas baran, hilang perasaan malu, tidak mahu bercampur dengan masyarakat, tidak mempunyai pendapatan tetap, sentiasa mengalami masalah kewangan, terdorong untuk mencuri dan menipu, meminjam daripada 'along', rumahtangga porak-peranda dan banyak lagi perkara yang haru-biru.
Benarkah hidup ini pun satu perjudian? Tidak. Sebenarnya hidup ini bukanlah perjudian tetapi pengabdian; pengabdian kepada Tuhan sekalian alam. Jadi kalau sudah begitu, sempurnakanlah pengabdian itu dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.
Yang mesti diingat, berjudi pasti mengundang kemurkaan Allah!

Thursday 24 March 2011

Kelemahan Umat Islam di Zaman Ini

Tema ini adalah suatu usaha untuk menggambarkan akan keadaan dunia Islam kontemporer (saat ini) dengan segala kelebihan dan kekurangan kekurangannya. Keadaan umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan-kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu berkaitan dengan kapasiti intelektual dan problematika moral. Kelemahan dalam kapasiti intelektual (Al Jahlu).
Kelemahan umat Islam yang berkaitan dengan kapasiti intelektual meliputi:

§ Dho'fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan) 
Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan tidak formal sangat dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat (kebangkitan umat).

§ Dho'fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan) 
Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan umat yang lain, ini disebabkan kerana wawasan umat Islam yang sempit dan terhad juga lemah dalam mengembangkan ilmu pengetahuan ini disebabkan kemahuan umat untuk menuntut ilmu sangat rendah.



§ Dho'fut Takhthith (lemah dalam perancangan-perancangan)
Umat ​​Islam sekarang ini tidak mempunyai strategi yang jelas. Rencana perjuangannya penuh dengan misteri. Hal tersebut disebabkan umat Islam tidak diproduk dari pembinaan-pembinaan yang baik dan tidak memiliki wawasan ilmu pengetahuan yang mencukupi.

§ Dho'fut Tanjim (lemah dalam pengorganisasian)
Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akn diatas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra "Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik".

§ Dho'ful Amniyah (lemah dalam keselamatan)
Masa kini umat Islam lalai dalam menjaga keselamatan diri dan kekayaan baik moral dan materil sehingga negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam dirampok oleh negeri-negeri non muslim. Begitu pula dengan Iman, umat lslam tidak lagi menjaganya tidak ada amniyah pada aqidah dan dibiarkan serbuan-serbuan aqidah datang tanpa ada proteksi yang memadai.

§ Dho'fut Tanfidz (lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri)
Umat ​​Islam dewasa ini tidak menyedari bahawa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mersyukuri segala nikmat Allah dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz iaitu kekuatan untuk memobilisasi diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam memobolisir diri apalagi memobilisir secara kolektifitas.

Kelemahan dalam problematika moral (Maradun Nafs)

Kelemahan-kelemahan dalam problematika moral yang terjadi pada umat Islam sekarang iaitu:

· Adamus Saja'ah (hilangnya keberanian)
Umat ​​Islam tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal pemberani. Sekarang ini umat Islam mengalami penyakit al juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani menentang aturan-aturan Allah SWT.

· Adamus Sabat (hilangnya sikap teguh pendirian)
Umat ​​Islam mulai memperlihatkan mudah mengalami penyimpangan-penyimpangan dan perjalanan hidupnya kerana disebabkan oleh:


1. termakan oleh rayuan-rayuan
2. diserang oleh intimidasi atau teror-teror.

Salah satu illutrasi kehilangan sabat (keteguhan) ini adalah prinsif-prinsif hidup kaum muslimin tidak lagi dipegang hanya sering diucapkan tanpa dipraktikan. Sebagai contoh Islam mengajarkan kebersihan sebagian dari Iman, tetapi di negari-negeri kaum muslim kondisinya tidak bersih menjadi pemandangan pada umumnya.

· Adamut Dzikriyah (hilangnya semangat untuk mengingat Allah)
Dalam Islam lupa diri sebab utamanya ialah kerana lupa kepad Allah. Umat ​​Islam dzikirullah-nya lemah maka mereka kehilangan identiti mereka sendiri sebagai Al Muslimum. Sebagaimana Allah berfirman dalam Qs. Al-Hasyr ayat 19 "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".

· Adamus Sabr (hilangnya kesabaran)
Kesabaran merupakan salah satu pertolongan yang paling pokok bagi keberhasilan seorang muslim, sesuai firman Allah Qs.2: 153 "Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar". 


Kesabaran meliputi:
1. Ashabru bitha'at (sabar dalam ketaatan)
2. Ashabru indal mushibah (ketaatan ketika tertimpa musibah)
3. Ashabru anil ma'siat (sabar ketika menghadapi maksiat)
Sebagai umat Islam harus memiliki kesabaran ketiganya.

· Adamul Ikhlas (hilangnya makna ikhlas)
Ikhlas tidak identik dengan tulus. Tulus artinya melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa padahal bisa saja orang itu ikhlas walaupun ada perasaan terpaksa. Contohnya pada seseorang yang melakukan solat subuh yang baru saja jaga malam sehingga sanat terasa kantuk tetapi kerana solat adalah suatu kewajipan perintah Allah swt ia tetap melakukannya dsb.

· Adamul Iltizam (hilangnya komitmen)
Dewasa ini kaum muslimin kebanyakan tidak istiqomah komited terhadap Islam bahkan tidak sedar sepenuhnya bahawa Islam harus menjadi pengikat utama dalam hidupnya sehingga mereka banyak menggunakan isme-isme yang lain.


Saturday 12 March 2011

Islam itu indah

Antara tanda-tanda keindahan Islam ialah, ia mengajar umatnya berakhlak mulia dan memelihara tingkah laku agar sentiasa berkelakuan baik walau di mana jua, ketika berinteraksi dengan siapa saja.
Contoh-contoh:
1. Adab dengan ibu bapa. Allah telah berfirman dalam kitab suci-Nya (maksudnya):
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Isra’ 17: 23-24)
Anak-anak dituntut menghormati ibu bapa, berbakti kepada mereka, mengasihi mereka dan tidak menyakiti mereka dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan perbuatan, perkataan atau dengan memek muka sekalipun.
Hadapilah mereka dengan wajah yang manis dan ceria. Jangan palingkan muka ke arah lain ketika bercakap dengan mereka. Ketika makan bersama jangan ambil makanan dahulu daripada mereka dan jangan memasuki kamar mereka sebelum meminta izin terlebih dahulu.
2. Adab dengan ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga yang terdiri daripada adik-beradik, bapa dan ibu saudara, sepupu-sepupu dan seterusnya adalah sebahagian daripada darah daging kita juga. Lantaran itu Allah perintahkan mukmin supaya tidak mengabaikan ahli keluarga. Firman-Nya bermaksud:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka kerana menunggu rezeki daripada Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.”
(Al-Isra’ 17: 26, 27, 28)
Mereka yang diberi rezeki berlebihan hendaklah membantu ahli keluarga sama ada keluarga jauh atau dekat yang kurang berkemampuan. Jika tidak mampu memberi pertolongan dengan harta, maka eratkan tali persaudaraan dengan budi bahasa dan tutur kata yang baik.
3. Adab dengan isteri. Suami adalah ketua dan pelindung keluarga. Sebagai ketua, suami hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam pergaulan dengan isteri dan seluruh isi rumahnya. Allah memerintahkan para suami dengan firman-Nya yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(An-Nisa’ 4: 19)
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjelaskan lagi bahawa apa saja kebaikan yang dilakukan oleh seorang suami terhadap isteri dan ahli keluarga akan diberi pahalah.
Dalam sopotong hadis yang disampaikan oleh ‘Aamir bin Sa’ad daripada ayahnya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda maksudnya,
“...dan engkau tidak mengeluarkan nafkah sedikit pun dengan hati yang ikhlas mengharap keredhaan Allah kecuali akan diberi pahala sehinggakan sesuap makanan yang kamu hulurkan ke mulut isterimu…”
(Al-Bukhari)
Apa yang dapat digambarkan melalui hadis ini ialah suami diberi pahala untuk nafkah yang dikeluarkan dan kemesraan yang ditunjukkan pada isterinya dengan menyuap makanan ke mulutnya.
Apa yang diungkapkan dalam sabda baginda tidak hanya tinggal sabda. Baginda sendiri menunjukkan contoh betapa baiknya layanan yang diberikan kepada isteri-isteri baginda. Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika Nabi sallallahu alaihi wasallam berada di salah sebuah rumah isteri-isteri baginda, isteri yang lain menghantar sepinggan makanan. Isteri tempat baginda berada itu telah menepis tangan baginda sehingga pinggan yang dipegangnya terjatuh lalu pecah. Baginda mengutip pinggan yang pecah itu dan mencantumkannya, lalu diletakkan semula makanan yang tumpah sambil bersabda, “Ibu kamu itu cemburu. Makanlah makanan ini!” Maka mereka pun makan. Isterinya membawakan pinggan lain yang ada di rumahnya lalu diberikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai ganti pinggan yang pecah tadi…”
(Ibn Majah)
4. Adab dengan anak-anak. Islam bukan saja mengajar anak-anak supaya menghormati dan berbuat baik kepada orang yang lebih tua. Sebaliknya orang tua juga mesti menghormati anak-anak dan melayani mereka dengan baik. Banyak hadis sahih yang diriwayatkan oleh pada muhaddithin menunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam begitu mengambil berat dalam melayani kanak-kanak yang masih kecil. Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika beliau berjalan bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, mereka terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak. Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi salam kepada kanak-kanak itu.
(Al-Bukhari)
Ummu Khalid binti Khalid bin Sa’id menceritakan bahawa ketika beliau masih kecil ayahnya membawanya bertemu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Baginda memakaikannya baju berwarna kuning dan bersabda, “Cantik, cantik.” Kemudian beliau menghampiri baginda sambil bermain-main dengan cincin yang dipakai oleh baginda. Ayahnya melarang berbuat demikian, tetapi baginda berkata kepada ayahnya, “Biarkanlah dia.”
(Al-Bukhari)
Semua itu hanyalah sekadar contoh. Hakikatnya, adab yang diajarkan merangkumi semua aspek, termasuklah adab dengan haiwan dan makhluk-makhluk lain sama ada makhluk bernyawa atau tidak bernyawa. Semua itu menjadi bukti bahawa Islam adalah agama yang indah. Betapa tidak? Ia diturunkan oleh Yang Maha Indah, yang suka kepada keindahan. Abdullah bin Mas’ud radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
إن الله جميل يحب الجمال
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia sukakan kecantikan.”
(Muslim)

Thursday 3 March 2011

Al Qur’an, Konsep Rencana Seluruh Kejadian Alam Semesta





Kemudian, sehubungan bahawa makna Al Qur’an tersebut berlaku selamanya, dan tidak hanya terbatas pada kejadian asbabun nuzulnya saja, maka kita dapati kesimpulan yang cukup besar peluang kebenarannya bahwa sebenarnya seluruh kejadian di alam semesta ini, sudah terjadi dan kejadiannya mengikuti segala rencana dan konsep yang sudah tertera di dalam Al Qur’an.

Gambaran jelasnya, bahwa semua proses alam semesta ini mengikuti dan mengekori pada segala yang tertuang dalam Al Qur’an, apakah diketahui atau tidak tabir rahasianya oleh manusia.

Dengan kata lain, kejadian dunia ini adalah sebagai “cermin manifestasi” dan “kenyataan lahir” dari rencana Allah yang sebenarnya sudah diberitahukan kepada manusia lewat Al Qur’an, sebelum kejadian tersebut terjadi, dengan tidak ada tekanan apakah manusia mau atau tidak memahaminya guna mendapatkan takwil isyarat-Nya. Subhanallah.

Assalamu’alaikum wr. wb.
Rakan2 ku yang dirahmati Allah..

Pada tanggal 17 Ramadhan ini merupakan bulan turunnya Al Qur’an. Tersebut dalam surat Al Baqarahayat 185,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ - البقرة:  185

ertinya :”.. Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)”.

Sebagaimana ayat di atas, Al Qur’an diturunkan bukan hanya kepada umat Islam, tetapi sebagai mediator menyampaikan pesan Tuhan Pencipta Alam kepada semua makhluk-Nya. Al Qur’an yang berisi seluruh konsepsi dan tata aturan hidup ber-Tuhan dan bermualamah bagi manusia ini tidak diturunkan dalam bahasa asing yang tidak dapat difahami manusia. Kemudian Al Qur’an yang sedemikian sempurna ini memberi kabar dan cerita semua kejadian di alam semesta ini.

Sebagai contoh, berikut ini ayat Al Qur’an yang paling panjang berbicara tentang hukum muamalah atau aturan bermasyarakat, yaitu surat Al Baqarah ayat 282, yang ertinya :

 “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Walaupun ayat di atas ditujukan kepada orang beriman, tetapi konsepsi yang mengirinya dapat diimplementasikan dalam kehidupan seluruh umat manusia, yaitu tentang adanya dokumentasi dalam suatu perjanjian. Ini konsep Al Qur’an, kitab “kuno” yang turun di suatu bangsa yang disebut-sebut sebagai bangsa yang tidak memiliki peninggalan peradaban.

Sebagai titik temu antara Al Qur’an dan manusia ini, maka ditetapkan bahwa Al Qur’an adalah mu’jizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Inilah satu-satunya mu’jizat Nabi Muhammad yang masih dilestarikan dan diabadikan bagi umat manusia selamanya.

Sebagaimana kita tahu, Nabi Muhammad, walaupun memiliki pedang untuk berperang, tetapi itu bukan mu’jizat, sehingga tidak dapat dijadikan ukuran menilai kebenaran agama Islam, tidak juga dapat dinilaikan bahwa Islam mengajarkan umatnya semata-mata untuk berperang dengan peralatan perang yang disimbolkan dengan pedang peninggalan Nabi Muhammad tersebut.

Berbagai peninggalan Nabi Muhammad yang cukup banyak, juga bukan ditetapkan sebagai mu’jizat yang dapat disimpan sebagai rujukan mencari kebenaran Agama Islam. Bahkan istri nabi yang jumlahnya menurut sejarah ada 9 istri juga bukan mu’jizat Nabi Muhammad yang dapat dijadikan standard menilai dan mengoreksi kebenaran Agama Islam. Maka jika kebenaran agama Islam diukur dari pedang nabi, jumlah istri nabi, baju atau sorban nabi, maka itu tidak ada relevansinya dengan Agama Islam. Apabila pun ada relevansinya, maka sifatnya hanya tambahan dan bukan pokok atau sumber utama mengukur kredibilitas Agama Islam Oleh karena tambahan saja, maka ianya bersifat “tidak harus” serta tidak bisa menentukan apakah konsep agama Islam tersebut benar atau tidak jika diukur dari peninggalan Nabi Muhammad selain Al Qur’an tadi.

Jama’ah Kajian Subuh Online yang dicintai Allah…

Dalam sebuah sumber disebutkan bahwa Kitab Suci Al-Qur’an diturunkan secara bertahap memenuhi tuntutan situasi dan lingkungan yang ada.

Menurut Ibnu Abbas, seorang ilmuwan terkemuka diantara sahabat Rasul dan termasuk perawi hadits, bahawa Al-Qur’an diturunkan ke langit terbawah (bait al-’izzah) dalam satu malam yang kemudian diturunkan lagi ke bumi secara bertahap sesuai dengan keperluan. (Lihat, kitab “al-Itqān” karangan Imam as-Suyūti, h. 117)

Jadi turunya Al Qur’an pada tingkat awal yaitu di langit terbawah sudah berbentuk konsepsi yang utuh dan penuh, tidak terpotong-potong. Dari sumber valid ini dapat kita fahami bahwa, Kitab suci Al Qur’an sudah ada dan adanya mendahului peristiwa dan konteks peritiwa yang akhirnya menyebabkan (asbabun nuzul) Al Qur’an tersebut turun tahap demi tahap sesuai konteks kejadiannya di dunia.

Dari sumber ini ada sebuah kesimpulan yang khusus dan jelas, yaitu bahwa Al Qur;an turun sebelum semua kejadian di dunia tersebut terjadi. Dari kondisi ini, kita akan mendapati titik filsafatis bahwa segala sesuatu yang mendahului tidak akan mungkin mengikuti sesuatu yang datangnya kemudian. Artinya, jika Al Qur’an sebenarnya sudah ada di langit awal (.bait al-’izzah) tadi, maka kejadian dunia ini setahap demi setahap mengikuti frame demi frame dari apa yang terkandung dalam Al Qur’an.

Kemudian, sehubungan bahwa makna Al Qur’an tersebut berlaku selamanya, dan tidak hanya terbatas pada kejadian asbabun nuzulnya saja, maka kita dapati sebuah kesimpulan yang cukup besar peluang kebenarannya bahwa sebenarnya seluruh kejadian di alam semesta ini, sudah terjadi dan kejadiannya mengikuti segala rencana dan konsep yang sudah tertera di dalam Al Qur’an.

Gambaran jelasnya, bahawa semua proses alam semesta ini mengikuti dan mengekor pada segala yang tertuang dalam Al Qur’an, apakah diketahui atau tidak tabir rahasianya oleh manusia.

Dengan kata lain, kejadian dunia ini adalah sebagai “cermin manifestasi” dan “kenyataan lahir” dari rencana Allah yang sebenarnya sudah diberitahukan kepada manusia lewat Al Qur’an, sebelum kejadian tersebut terjadi, dengan tidak ada tekanan kepada manusia untuk mau atau tidak memahaminya guna mendapatkan takwil isyarat-Nya. Subhanallah.