Thursday 17 February 2011

Di sebalik Kebesaran Ilahi

Sepohon kaktus yang dahannya membentuk perkataan Allah, sebungkah batu di tengah lautanbagaikan orang sujud, juga masjid yang tidak runtuh selepas kawasan sekitarnya hancur dilanda bencana hanya sebahagian kecil daripada gambaran kebesaran dan keagungan Ilahi. Ada yang keadaan itu sebagai kebetulan. Namun pada hakikatnya, pasti ada hikmah di sebaliksesuatu perkara yang bukan saja melambangkan kebesaran Allah malah pengajaran yang bolehdihayati daripadanya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud:

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki danmenguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.”




Ayat ini jelas menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan sebagai makhluk, kita harus menerima hakikat ini dan sesiapa yang dinafikan daripada rahmat wahyu adalah golongan yang amat malang. Dengan tiga kejadian yang disebutkan sebagai contoh, sebenarnya banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku di persekitaran yang ditemukan kepada manusia bagi mereka menginsafi hakikat diri dan sentiasa tunduk bertakwa kepada Allah. Kuasa Allah boleh dilihat di mana-mana dialam semesta ini. Bukan setakat daripadakejadian manusia tetapi alam semula jadi laut, binatang, tumbuh-tumbuhan malah kejadian cakerawala.

Disebut di dalam al-Quran, surah al-Rahman ayat 3 hingga 6 yang bermaksud: “Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.”

Setiap makhluk ciptaan Tuhan, tunduk sujud dan berzikir setiap saat kepada-Nya, justeru bukan sesuatu yang pelik untuk bertemu dengan pelbagai kejadian melangkaui logik tetapi menjelaskan kebesaran Allah dan kerdilnya umat manusia. Misalnya, dunia melihat bagaimana Aceh ranap dilanda gelombang tsunami penghujung tahun lalu, tetapi sebuah masjid tetap gagah berdiri walaupun kawasan sekitarnya hancur musnah dilambung bencana yang datang secara tiba-tiba itu. Sebelum itu sebuah masjid di Bandar Golcuk, di timur Istanbul terselamat dalam kejadian gempa bumi pada 19 Ogos 1999 sedangkan semua bangunan berdekatannya hancur menyembah bumi.

Jika bersandarkan kepada logik sains kejuruteraan, kejadian ini benar-benar memperlihatkan sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran manusia malah ia adalah suatu keajaiban. Namun semua ini juga bukan mustahil kerana Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya. Walaupun ada kritikan yang cuba menidakkan serta memusnahkan kepercayaan kepada perkara luar jangkauan ini dengan menjadikan logik sains sebagai senjata, tetapi sains dihadkan oleh undang- undang semula jadi yang selalunya dibuktikan sebagai perdebatan yang tidak mantap menentang ‘supernatural’. Al-Quran yang menjadi mukjizat Rasulullah itu sendiri adalah satu keajaiban dan al-Quran juga adalah senjata paling hebat untuk manusia Islam yang mana ia mengandungi pelbagai ilmu termasuklah sains, sejarah serta hal-hal terkini dan masa depan.


Jika kejadian berkaitan logik kejuruteraan ingin dijadikan perdebatan terhadap betapa tingginyailmu Allah, banyak lagi kejadian berkaitan sains yang boleh dijadikan iktibar yang secara jelasnyamenunjukkan kebesaran Allah.

                                                                                                  Antaranya termasuklah kejadian yang dinamakan ‘cat’s eye nebula’ yang mana ia adalah satu dari tompok cerah di langit yang paling kompleks. Fenomena itu dirakamkan oleh pakar astronomi pada 31 Oktober 1999. Pakar kaji bintang mempercayai objek di tengah yang bercahaya terang itu sebenarnya sistem binari bintang. Perkataan ‘planetary nebula’ yang digunakan untuk merujuk pada objekitu mengelirukan.

Walaupun objek itu kelihatan bulat dan seperti planet dalam teleskop tetapi ia adalah bintang yang diselubungi kepompong gas membuak pada akhir perimgkat evolusi stellar. Hakikat fenomena ini sebenarnya ada dijelaskan dalam surah ar-Rahman ayat 37 dan 38 yang bermaksud: “ selain itu, (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Hanya manusia yang ingkar saja masih terus untuk mendustakan kebenaran. Apa yang jelas, fenomena serta kejadian yang ditunjukkan kepada manusia yang sukar untuk dijelaskan dengan akal logik termasuklah pokok yang tunduk seakan rukuk yang ditemui di Sydney Australia juga pokok serta ranting yang membentuk perkataan yang bermaksud Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah yang ditemui di Bonn, Jerman, adalah sesuatu yang harus dijadikan ingatan bahawa Allah itu Maha Besar dan tidak ada kuasa yang dapat menandingi kehebatan-Nya.









No comments: